28 December 2016

Jadual Baru 2017 Pusat Tuisyen Menara Cemerlang

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua.

Jadual 2017 telah pun tersedia boleh datang ke Pusat Tuisyen untuk mengambil jadual baru dan juga saya lampirkan jadual di dalam entri ini. Bagi ibubapa yang ingin menyertai Team #PTMCemerlang dalam sama-sama berjaya di dalam akademik dialu-alukan untuk mendaftar lebih awal bagi mengelakkan ketiadaan tempat duduk. Kelas kami juga adalah terhad. Terbuka kepada para pelajar yang mendaftar lebih awal. Bagi pelajar lama kami sudahpun menyimpan tempat duduk adik-adik kerana sokongan yang berterusan yang diberikan kepada kami. Jumpa ya adik-adik pada 7hb Januari 2017 mengikut jadual masing-masing. Sekiranya terdapat sebarang masalah dan kekeliruan amat lah berbesar hati menghubungi bahagian pengurusan dan pentadbiran Pusat Tuisyen.

Jadual bagi Sekolah Kebangsaan (SK) Tahun 1 - 6 (upsr)
Yuran Bulanan RM 60 semua subjek (Buku RM 30/setahun)
* bagi pelajar baru pendaftaran dan deposit akan dikenakan
Jadual bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Tahun 1 - 6 (upsr)
Yuran Bulanan RM 100 semua subjek (Buku RM 30/setahun) *ada penambahan masa
* bagi pelajar baru pendaftaran dan deposit akan dikenakan
 Jadual bagi Sekolah Menengah (SMK) Ting 1 - 3 (PT3)
1 subjek RM 37.00 | Bagi Remove Class 2 subjek RM40
* bagi pelajar baru pendaftaran dan deposit akan dikenakan
 Jadual bagi Sekolah Menengah (SMK) Ting 4 - 5 (SPM)
1 subjek RM 40.00
* bagi pelajar baru pendaftaran dan deposit akan dikenakan
 Jadual bagi Lain-lain Program 
Kelas 3M (Menulis, Membaca, Mengira) 1 Subjek RM 28 + Buku RM 15
Art Class & Craft   RM 30 (termasuk bahan Craft)
1 TO 1 Teaching - 1 Subjek RM100 | 2 Subjek RM150 | 3 to 5 subjek RM220

- klik pada gambar untuk melihat lebih jelas -

Tamat sudah Kelas Holiday Program 2016 4 Minggu sahaja (29/11/2016 - 25/12/2016)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kelas Intensif Cuti Sekolah juga sudah pun tamat pada 25/12/2016 pada hari Ahad jatuhnya pada Hari krismas. Terima kasih kepada semua pelajar yang hadir semasa kelas intensif ini. Semoga apa yang dipraktikan dan diajar oleh guru berguna sebagai bekalan menempuh pembelajaran tahun baru 2017. Kita jumpa lagi Kelas Intensif Cuti Sekolah 2017 ya!! :) Selamat Menyambut tahun Baru semua :)


Majlis Bacaan Yassin & Kesyukuran | Pusat Tuisyen Menara Cemerlang

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera



Alhamdulillah selesai Majlis Bacaan Yassin & Kesyukuran yang dibuat pada 11.12.2016 (selepas solat Isyak) bagi tahun 2016 sempena penutupan tahun 2016 dan juga genaplah Pusat Tuisyen ini selama setahun beroperasi. Terima kasih tak terhingga kepada Tuan Hj. Osman yang mengetuai majlis malam ini, warga masjid simpang, keluarga, sahabat serta yang turut hadir melancarkan lagi majlis ini. Moga Pusat Tuisyen lebih maju jaya serta terus gemilang dan cemerlang!! Terima Kasih semuanya :)




08 November 2016

Kelas Intensif Cuti Sekolah November dan Disember 2016

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua
Alhamdulillah selesai sudah untuk sesi examination akhir tahun 2016, mesti ramai pelajar tidak sabar untuk bertemu dengan cuti akhir nanti. Adik-adik sudah kah bersedia untuk menempuh sesi tahun baru 2017, dimana tahun yang penuh cabaran dengan subjek-subjek kbat yang mana banyak mengguna skill Berfikir Aras Tinggi. Disini di Pusat Tuisyen Menara Cemerlang menawarkan kelas persediaan untuk tahun baru dan jadual akan saya usulkan pada akhir entri nanti. Kelas persediaan atau Intensif untuk Tahun 1 - 5, Ting.1 - 4, Kelas Pra Sekolah (3 M) dan Lain-lain Program.

Marilah memanfaatkan cuti persekolahan anak-anak ini dengan...
  • Memastikan cuti sekolah anak anda diisi dengan perkara berfaedah.
  • Memperbaiki kelemahan dalam setiap mata pelajaran.
  • Menguasai pelajaran pada tahun hadapan dengan sepenuhnya.  
  • Gunakan masa lapang sebaiknya untuk meningkatkan prestasi pelajaran.
  • Mengulangkaji semula pelajaran yang tertinggal.
  • Memantapkan pemahaman dan kemahiran dalam subjek-subjek Terpilih.
Mengapa Program kami berkesan??
  • Guru-guru yang berpengalaman, mahir dan pakar dalam peperiksaan.
  • Teknik mengajar KBAT dan penggunaan I-Think disetiap pembelajaran di dalam kelas terbukti berkesan.
  • Suasana pembelajaran yang sungguh bermotivasi dan lengkap.
 Antara jadual yang PTMC sediakan :

 

Siapa yang boleh join Program kami ini?? dah semestinya adik-adik atau anak-anak tuan puan sekitar Simpang, Taiping & Kamunting, perak. Yang specialnya juga bagi anak-anak yang pulang ke kampung untuk bercuti juga boleh menyertai program kami yang bermula 30/11/2016 - 25/12/2016. 
  • Kelas dijalankan selama 4 minggu sahaja
  • Pendafatran adalah Percuma
  • Latihan dan Nota juga diberi secara Percuma
  • Jadi apa tunggu lagi jom daftar segera! tempt adalah terhad
  • Dapatkan borang di sini : Borang Pendaftaran (klik dan print)
  • Belajar asas subjek tahun hadapan

HUBUNGI KAMI DENGAN LEBIH LANJUT :
Pusat Tuisyen Menara Cemerlang (IPO443285-V)
NO. 649 Taman Kota Jaya 34700 Simpang, Perak.
Call/Sms/Whatsapp : 016 4566278

     



10 October 2016

Selamat Maju Jaya Kepada Semua Pelajar PT3 | Pusat Tuisyen Menara Cemerlang

Salam Sejahtera :)


Kami Team PTMCemerlang mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua para pelajar yang menduduki Peperiksaan Malaysia : UPSR, PT3 dan SPM
Semoga kejayaan di dalam genggaman anak didk PTMCemerlang, bawalah pulang kejayaan yang menjadi kebanggaan kelak. 


07 September 2016

Mesyuarat dan Taklimat untuk Guru-guru PTMC

Salam Sejahtera Semua :)
Selepas pemantau dari PPD LMS kami dari PTMC terus mengadakan sesi bersama guru-guru untuk memberi sedikit taklimat dan informasi untuk penambahbaikkan Pusat Tuisyen. Terima kasih kepada semua guru-guru kerana memberi kerjasama dan turut hadir dalam sesi kedua ini bagi tahun 2016.
Semoga PTMC terus maju, berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang!!


05 September 2016

Lawatan Penyelia Pendidikan Swasta ke PTM Cemerlang


Salam sejahtera :)
Encik Zairul Shafiz | Penyelia Pendidikan Swasta Bhg. PPD LMS

Lawatan Penyelia Pendidikan Swasta ke PTM Cemerlang | Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana saya masih diberi peluang untuk menyerikan blog PTMC ini. Kelmarin Penyelia Pendidikan Swasta dari PPD LMS telah datang untuk sesi lawatan dan pemantauan bagi menjalankan sesi penilaian SKIPS. Apa itu SKIPS?? SKIPS adalah singkatan nama bagi Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta di mana bagi pusat-pusat tuisyen atau sekolah-sekolah swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Pendidikan adalah layak untuk dinilai bagi penilaian SKIPS ini. Ia bertujuan untuk memberi penghargaan dan juga penarafan bintang mengikut prestasi, pengurusan dan pentadbiran sesebuah pusat.

Bagi PTMC pula ini adalah tahun pertama penilaian diberi dan segala pengorbanan dan usaha yang diberi oleh team PTMC adalah sangat-sangat berbaloi :) PTMC adalah antara pusat-pusat tuisyen terbaik bagi daerah Larut Matang & Selama (LMS). Terima kasih tak terhingga kepada semua guru-guru dan juga para pelajar cemerlang PTMC yang memberi kerjasama sepanjang tempoh penilaian diberi. Semoga PTMC terus maju dan berjaya!


01 September 2016

Selamat Maju Jaya kepada semua anak didik PTMC | UPSR, PT3 & SPM

Salam Sejahtera :)

Semoga Berjaya Semua :)
Semoga Kejayaan di dalam genggaman anak-anak sekalian :)

GOOD LUCK!!


23 August 2016

Pemenang Pertandingan Penulisan & Tulisan Kreatif Anjuran PTMC


Salam Sejahtera Anak Didik Cemerlang,

Masih ingat tak pertandingan yang berlangsung pada bulan julai yang lepas, pemenang sudah pun diumumkan dan penerima setiap kategori seperti berikut :
ini adalah senarai penuh pemenang bagi setiap kategori. Tahniah diucapkan kepada para pelajar cemerlang PTMC. Bagi yang tidak berjaya boleh mencuba lagi pada pertandingan yang akan menyusul nanti. Di bawah antara beberapa gambar-gambar yang dikongsikan. Nak tengok lebih lanjut boleh klik pada pautan di bawah gambar ye :)


01 August 2016

Peti Cadangan, Komen atau Aduan | Pusat Tuisyen Menara Cemerlang


Salam sejahtera :)

Alhamdulillah :) Peti PTMC ini sudah pun disiapkan bagi kemudahan bual secara bertulis untuk Ibubapa, Para Guru kepada Pusat Tuisyen ini. Semoga dengan adanya peti ini dapat membantu, menambahbaikan dan meningkatkan prestasi Pusat Tuisyen, Para guru dan Anak didik sekalian.

Kami peduli dan ambil kisah setiap cadangan, komen atau aduan dari ibubapa atau guru-guru pusat sendiri. Dengan ini agar kami lebih prihatin dan bertanggungjawab atas amanah diberikan dalam usaha untuk menjayakan anak didik PTMC.

"Ke Arah Puncak Kecemerlangan"


31 July 2016

Persaraan Cikgu Yanti | Tenaga Pengajar PTMC


Salam Sejahtera :)

Persaraan Cikgu Yanti (Sharina Razyanti) dari ‪#‎ptmcemerlang‬
Ucapan selamat maju jaya dan selamat bertugas di sekolah baru 😊 terima kasih cikgu yanti atas kerjasama & ilmu yang diberikan kepada anak-anak #ptmcemerlang .Sedikit cenderahati dari PTMC untuk cikgu yanti, buat kenang-kenangan. Inshaa Allah ada masa kita berjumpa lagi ya cikgu!

1 Januari 2016 - 31 Julai 2016



23 July 2016

Pertandingan Penulisan & Tulisan Kreatif Anjuran Pusat Tuisyen Menara Cemerlang


Salam Sejahtera :)

Anak didik PTMC dijemput untuk menyertai Pertandingan ini. Segala maklumat didalam poster di atas, untuk keterangan lebih lanjut boleh hubungi pihak pengurusan. Aktiviti pusat tuisyen bersempena "Hari Raya 2016".

"SEMOGA BERJAYA SEMUA"


02 July 2016

Cuti Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2016 | Pusat Tuisyen Menara Cemerlang

Salam Sejahtera :)

Pengumuman / Notis Cuti :

Sempena Hari Raya Aidilfitri Pusat Tuisyen akan ditutup bermula Selasa  5 Julai 2016 sehingga Ahad 10 Julai 2016. Pusat akan beroperasi seperti biasa pada Isnin 11 Julai 2016. Terima Kasih :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
dari Pusat Tuisyen Menara Cemerlang


01 July 2016

Pemberian Hamper Raya Kepada Tenaga Pengajar PTMC | Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016

Salam Ramadhan :)

Pemberian Hamper Raya kepada semua guru-guru dari Pengelola ‪#‎PTMCemerlang‬ sebelum cuti berhari Raya "Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin"





26 June 2016

Keadaan Jisim, Bentuk dan Gas Tahun 5

Salam Sejahtera :)


  • Eksperimen Keadaan jisim, bentuk dan gas.
  • Gas mempunyai jisim dan memenuhi ruang.
  • Eksperimen dibantu oleh Sir.Mogan (Tahun 5)


29 May 2016

Mencipta Model Bot Layar Tahun 6

Salam Sejahtera :)

Mencipta model bot layar menggunakan beberapa mesin ringkas (barangan terpakai). Kelas Sains Tahun 6 Bersama Sir.Mogan.



Eksperimen Sains : Pembetukan Bayang-bayang Tahun 5

Salam Sejahtera :)

  • Apabila sesuatu objek didekatkan pada cahaya, bayang-bayang besar terbentuk
  • Apabila sesuatu objek dijauhkan pada cahaya, bayang-bayang kecil terbentuk
  • Eksperimen ini dibantu oleh Sir . Mogan


16 May 2016

Selamat Hari Guru 2016

Salam Sejahtera :)

Selamat Hari Guru kepada semua guru2 di malaysia dan juga ucapan khas buat Guru-guru Cemerlang PTMC "Selamat Hari Guru & Terima Kasih Cikgu" dalam usaha sama menjayakan misi #ptmcemerlang daripada Pihak Pengurusan & Pentadbiran PTMC.

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"



24 April 2016

Eksperimen Sains : Penjerukan Buah-buahan Tahun 6

Salam Sejahtera :)
Eksperimen Penjerukan Buah-buahan ini dibantu oleh Sir. Mogan

 Para pelajar dapat menghasilkan penjerukan Buah tadi dan dapatlah makan sendiri :)



17 April 2016

Eksperimen Sains : Model Binaan Tahun 4

Salam Sejahtera :)

Model binaan dengan alat pengukur piawai dan tidak piawai dibantu oleh Cikgu Akmal.



03 April 2016

Eksperimen Sains : Model Jam Pasir Tahun 4

Salam Sejahtera :)
Model Jam Pasir yang dilakukan oleh pelajar tahun 4 dibantu oleh Cikgu Akmal.


07 February 2016

Eksperimen Sains : Imaginasi Haiwan Dimasa Hadapan Tahun 5

Salam Sejahtera :)
Para pelajar sedang membuat eksperimen ini dengan teliti dibantu oleh Sir. Mogan. Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan adalah bahan-bahan kitar semula seperti botol air, kertas warna terpakai dan juga surat khabar lama.

Antara yang dihasilkan oleh para pelajar. Mengelaskan haiwan mengikut ciri-ciri dan imaginasi haiwan dimasa hadapan.


09 January 2016

Visi & Misi | Pusat Tuisyen Menara Cemerlang