07 September 2016

Mesyuarat dan Taklimat untuk Guru-guru PTMC

Salam Sejahtera Semua :)
Selepas pemantau dari PPD LMS kami dari PTMC terus mengadakan sesi bersama guru-guru untuk memberi sedikit taklimat dan informasi untuk penambahbaikkan Pusat Tuisyen. Terima kasih kepada semua guru-guru kerana memberi kerjasama dan turut hadir dalam sesi kedua ini bagi tahun 2016.
Semoga PTMC terus maju, berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang!!


05 September 2016

Lawatan Penyelia Pendidikan Swasta ke PTM Cemerlang


Salam sejahtera :)
Encik Zairul Shafiz | Penyelia Pendidikan Swasta Bhg. PPD LMS

Lawatan Penyelia Pendidikan Swasta ke PTM Cemerlang | Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana saya masih diberi peluang untuk menyerikan blog PTMC ini. Kelmarin Penyelia Pendidikan Swasta dari PPD LMS telah datang untuk sesi lawatan dan pemantauan bagi menjalankan sesi penilaian SKIPS. Apa itu SKIPS?? SKIPS adalah singkatan nama bagi Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta di mana bagi pusat-pusat tuisyen atau sekolah-sekolah swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Pendidikan adalah layak untuk dinilai bagi penilaian SKIPS ini. Ia bertujuan untuk memberi penghargaan dan juga penarafan bintang mengikut prestasi, pengurusan dan pentadbiran sesebuah pusat.

Bagi PTMC pula ini adalah tahun pertama penilaian diberi dan segala pengorbanan dan usaha yang diberi oleh team PTMC adalah sangat-sangat berbaloi :) PTMC adalah antara pusat-pusat tuisyen terbaik bagi daerah Larut Matang & Selama (LMS). Terima kasih tak terhingga kepada semua guru-guru dan juga para pelajar cemerlang PTMC yang memberi kerjasama sepanjang tempoh penilaian diberi. Semoga PTMC terus maju dan berjaya!


01 September 2016

Selamat Maju Jaya kepada semua anak didik PTMC | UPSR, PT3 & SPM

Salam Sejahtera :)

Semoga Berjaya Semua :)
Semoga Kejayaan di dalam genggaman anak-anak sekalian :)

GOOD LUCK!!