28 December 2016

Jadual Baru 2017 Pusat Tuisyen Menara Cemerlang

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua.

Jadual 2017 telah pun tersedia boleh datang ke Pusat Tuisyen untuk mengambil jadual baru dan juga saya lampirkan jadual di dalam entri ini. Bagi ibubapa yang ingin menyertai Team #PTMCemerlang dalam sama-sama berjaya di dalam akademik dialu-alukan untuk mendaftar lebih awal bagi mengelakkan ketiadaan tempat duduk. Kelas kami juga adalah terhad. Terbuka kepada para pelajar yang mendaftar lebih awal. Bagi pelajar lama kami sudahpun menyimpan tempat duduk adik-adik kerana sokongan yang berterusan yang diberikan kepada kami. Jumpa ya adik-adik pada 7hb Januari 2017 mengikut jadual masing-masing. Sekiranya terdapat sebarang masalah dan kekeliruan amat lah berbesar hati menghubungi bahagian pengurusan dan pentadbiran Pusat Tuisyen.

Jadual bagi Sekolah Kebangsaan (SK) Tahun 1 - 6 (upsr)
Yuran Bulanan RM 60 semua subjek (Buku RM 30/setahun)
* bagi pelajar baru pendaftaran dan deposit akan dikenakan
Jadual bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Tahun 1 - 6 (upsr)
Yuran Bulanan RM 100 semua subjek (Buku RM 30/setahun) *ada penambahan masa
* bagi pelajar baru pendaftaran dan deposit akan dikenakan
 Jadual bagi Sekolah Menengah (SMK) Ting 1 - 3 (PT3)
1 subjek RM 37.00 | Bagi Remove Class 2 subjek RM40
* bagi pelajar baru pendaftaran dan deposit akan dikenakan
 Jadual bagi Sekolah Menengah (SMK) Ting 4 - 5 (SPM)
1 subjek RM 40.00
* bagi pelajar baru pendaftaran dan deposit akan dikenakan
 Jadual bagi Lain-lain Program 
Kelas 3M (Menulis, Membaca, Mengira) 1 Subjek RM 28 + Buku RM 15
Art Class & Craft   RM 30 (termasuk bahan Craft)
1 TO 1 Teaching - 1 Subjek RM100 | 2 Subjek RM150 | 3 to 5 subjek RM220

- klik pada gambar untuk melihat lebih jelas -

Tamat sudah Kelas Holiday Program 2016 4 Minggu sahaja (29/11/2016 - 25/12/2016)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kelas Intensif Cuti Sekolah juga sudah pun tamat pada 25/12/2016 pada hari Ahad jatuhnya pada Hari krismas. Terima kasih kepada semua pelajar yang hadir semasa kelas intensif ini. Semoga apa yang dipraktikan dan diajar oleh guru berguna sebagai bekalan menempuh pembelajaran tahun baru 2017. Kita jumpa lagi Kelas Intensif Cuti Sekolah 2017 ya!! :) Selamat Menyambut tahun Baru semua :)


Majlis Bacaan Yassin & Kesyukuran | Pusat Tuisyen Menara Cemerlang

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera



Alhamdulillah selesai Majlis Bacaan Yassin & Kesyukuran yang dibuat pada 11.12.2016 (selepas solat Isyak) bagi tahun 2016 sempena penutupan tahun 2016 dan juga genaplah Pusat Tuisyen ini selama setahun beroperasi. Terima kasih tak terhingga kepada Tuan Hj. Osman yang mengetuai majlis malam ini, warga masjid simpang, keluarga, sahabat serta yang turut hadir melancarkan lagi majlis ini. Moga Pusat Tuisyen lebih maju jaya serta terus gemilang dan cemerlang!! Terima Kasih semuanya :)