07 November 2017

Persaraan Tutor | Tenaga Pengajar PTMCemerlang

Assalamualaikum wbt dan Selamat sejahtera,

  Persaraan Cikgu Hayatul (sebelah kiri) dan Cikgu Chua (sebelah kanan) dari ‪#‎ptmcemerlang‬ Ucapan selamat maju jaya dan selamat bertugas di sekolah atau tempat baru 😊 terima kasih cikgu atas kerjasama & ilmu yang diberikan kepada anak-anak #ptmcemerlang. Sedikit cenderahati dari PTMC untuk cikgu, buat kenang-kenangan. Inshaa Allah ada masa kita berjumpa lagi ya cikgu!  

Cikgu Hayatul - 1 Januari 2016 - 31 Oktober 2017
Cikgu Chua - 1 Januari 2017 - 31 Oktober 2017 


04 November 2017

Program Intensif Cuti Sekolah (Disember 2017) | Pusat Tuisyen Menara Cemerlang

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera
Yang berminat boleh HUBUNGI nombor tertera dibanner iklan ini.
Terbuka kepada semua Pelajar yang ingin berjaya! 
Yang berada disekitar Simpang, Taman Kota Jaya, Taiping, Changkat Jering, Kamunting dan yang berhampiran dialu-alukan mengikuti program kami yang TERBUKTI BERKESAN!
Bermula 1/12/2017 dan tamat pada 28/12/2017. Hubungi segera!!
Call/Sms/Whatsapp : 016 4566278


03 November 2017

Pembelajaran Abad Ke 21 | Pusat Tuisyen Menara Cemerlang

Assalammualaikum dan selamat sejahtera
Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK21) merupakan salah satu elemen yang penting dalam pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. PAK21 menekankan pembelajaran berpusatkan murid dan berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Berikut ialah 9 contoh aktiviti dalam kelas yang digunakan oleh para guru didalam bilik darjah abad ke 21.

1. ROUND TABLE
  • Murid duduk di dalam kumpulan dan guru mengemukankan satu topik
  • Secara bergilir, murid memberi dan murid mencatat  satu idea dengan menggunakan pen dan kertas yang sama.
  • Hasil dapatan dirujuk dan dibentang
  • Sesuai untuk murid tahap 2 sekolah rendah dan murid sekolah menengah 
2. THINK - PAIR - SHARE
  •  Guru memberikan topik dan murid berfikir sendiri dalam jangkamasa tertentu
  • Masa tamat dan murid berkongsi idea bersama pasangan
  • Murid seterusnya berkongsi idea dengan keseluruhan kelas
3. HOT SEAT
  • Aktiviti susulan selepas murid membuat bacaan dan kajian (secara individu atau kumpulan).
  • Seorang murid akan duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi 'pakar'.
  • 'Pakar' tersebut akan menjawab soalan yang dilontarkan oleh murid lain.
4. DEKLAMASI SAJAK/ NYANYIAN
  • Murid diberi masa untuk membuat persediaan dalam kumpulan.
  • Guru memberi tajuk dan murid boleh mengubahsuai mengikut kreativiti dan kesesuaian.
  • Murid membuat persembahan di hadapan kelas.
5. PEMBENTANGAN HASIL SENDIRI
  • Murid diberi tajuk dan membuat pembentangan untuk mempersembahkan hasil dapatan.
  • Murid boleh menggunakan pelbagai cara dan bahan untuk membuat pembentangan.
 6. ROLE - PLAY
  • Murid diberi peranan dan watak.
  • Murid diberi masa untuk membuat persediaan.
  • Murid membuat persembahan dengan memainkan peranan.
7. GALLERY WALK
  • Aktiviti selepas kajian untuk mempamerkan hasil dapatan
  • Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain.
  • Murid boleh menulis komen tentang hasil kerja kumpulan lain pada sticker note dan menampalnya di atas hasil kerja tersebut.
8. THREE STRAY, ONE STAY 
  • Kaedah alternatif pembentangan kumpulan.
  • Hasil kerja ditampal.
  • Seorang ahli kumpulan akan tinggal di situ untuk memberi penerangan.
  • Ahli lain boleh bergerak ke kumpulan lain untuk melihat dan menyoal hasil kumpulan lain.
9. PETA I-THINK
  • Menggunakan peta pemikiran sebagai alat untuk menjana idea murid.
  • Peta i-Think boleh digunakan sebagai alat untuk murid membuat kajian dan dipersembahkan dalam bentuk grafik.