Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK21) merupakan salah satu elemen yang penting dalam pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. PAK21 menekankan pembelajaran berpusatkan murid dan berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Berikut ialah 9 contoh aktiviti dalam kelas yang digunakan oleh para guru didalam bilik darjah abad ke 21.
1. ROUND TABLE
- Murid duduk di dalam kumpulan dan guru mengemukankan satu topik
- Secara bergilir, murid memberi dan murid mencatat satu idea dengan menggunakan pen dan kertas yang sama.
- Hasil dapatan dirujuk dan dibentang
- Sesuai untuk murid tahap 2 sekolah rendah dan murid sekolah menengah
- Guru memberikan topik dan murid berfikir sendiri dalam jangkamasa tertentu
- Masa tamat dan murid berkongsi idea bersama pasangan
- Murid seterusnya berkongsi idea dengan keseluruhan kelas
- Aktiviti susulan selepas murid membuat bacaan dan kajian (secara individu atau kumpulan).
- Seorang murid akan duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi 'pakar'.
- 'Pakar' tersebut akan menjawab soalan yang dilontarkan oleh murid lain.
- Murid diberi masa untuk membuat persediaan dalam kumpulan.
- Guru memberi tajuk dan murid boleh mengubahsuai mengikut kreativiti dan kesesuaian.
- Murid membuat persembahan di hadapan kelas.
- Murid diberi tajuk dan membuat pembentangan untuk mempersembahkan hasil dapatan.
- Murid boleh menggunakan pelbagai cara dan bahan untuk membuat pembentangan.
- Murid diberi peranan dan watak.
- Murid diberi masa untuk membuat persediaan.
- Murid membuat persembahan dengan memainkan peranan.
- Aktiviti selepas kajian untuk mempamerkan hasil dapatan
- Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain.
- Murid boleh menulis komen tentang hasil kerja kumpulan lain pada sticker note dan menampalnya di atas hasil kerja tersebut.
- Kaedah alternatif pembentangan kumpulan.
- Hasil kerja ditampal.
- Seorang ahli kumpulan akan tinggal di situ untuk memberi penerangan.
- Ahli lain boleh bergerak ke kumpulan lain untuk melihat dan menyoal hasil kumpulan lain.
- Menggunakan peta pemikiran sebagai alat untuk menjana idea murid.
- Peta i-Think boleh digunakan sebagai alat untuk murid membuat kajian dan dipersembahkan dalam bentuk grafik.