31 December 2017

Jadual Baru 2018 | Pusat Tuisyen Menara Cemerlang

Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera
Jadual 2018 telah pun disediakn,ibu bapa boleh datang ke Pusat Tuisyen untuk mengambil jadual baru dan juga saya lampirkan juga jadual di dalam entri ini untuk memudahkan lagi para ibubapa. Bagi ibubapa yang ingin menyertai Team #PTMCemerlang dalam sama-sama berjaya di dalam akademik dialu-alukan untuk mendaftar lebih awal bagi mengelakkan ketiadaan tempat duduk. Kelas kami juga adalah terhad. Terbuka kepada para pelajar yang ingin berjaya!. Bagi pelajar lama kami sudah pun menyimpan tempat duduk adik-adik kerana sokongan yang berterusan yang diberikan kepada kami. Jumpa nanti ya!! adik-adik pada 6hb Januari 2018 mengikut (masa & hari) jadual masing-masing. Sekiranya terdapat sebarang masalah dan kekeliruan amatlah berbesar hati menghubungi bahagian Pengurusan dan Pentadbiran Pusat Tuisyen seperti nombor tertera (call/sms/whatsapp). Terima Kasih.

JADUAL WAKTU 2018 (PTMCEMERLANG)

***klik pada gambar untuk melihat lebih jelas***
***klik pada gambar untuk melihat lebih jelas***
***klik pada gambar untuk melihat lebih jelas***



Sebarang pertanyaan sila hubungi lanjut PTMC :
📞 016 4566 278 - Call/Sms/Whatsapp
🏠 No. 649 Taman Kota Jaya 34700 Simpang, Perak
📧 Email : ptmcemerlang@gmail.com

21 December 2017

Persaraan Tutor | Tenaga Pengajar PTMCemerlang

Assalammualaikum dan selamat sejahtera
Persaraan Cikgu Siti Nadhirah dari ‪#‎ptmcemerlang‬ Ucapan selamat maju jaya dan selamat bertugas di tempat baru 😊 terima kasih cikgu atas kerjasama & ilmu yang diberikan kepada anak-anak #ptmcemerlang. Sedikit cenderahati dari PTMC untuk cikgu, buat kenang-kenangan. Inshaa Allah ada masa kita berjumpa lagi ya cikgu! 

Perkhidmatan - 1 Januari 2017 sehingga 7 Disember 2017


15 December 2017

Program Intensif Cuti Sekolah 2017 | Pusat Tuisyen Menara Cemerlang

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera,

Bertemu lagi kita pada hari ini, alhamdulillah dipanjangkan usia dan bertemu sekali lagi bagi sesi 2017 ini. Pejam celik dah pun masuk pengakhiran sesi persekolahan bagi ahun ini. Banyak juga sekolah-sekolah yang sudah pun selesai membuat Ujian Peperiksaan Akhir Tahun bagi sekolah masing-masing. Jadi di sini saya seperti biasa ingin membuat satu promosi untuk Program Intensif Cuti Sekolah pada november dan disember. Di sini saya sertakan juga jadual dan borang bagi rujukan pendaftaran para pelajar semua (klik pada image dan save atau boleh terus print. Kami warga team ptmcemerlang mengalu-alukan kedatangan adik-adik atau pelajar baru bagi menyertai kelas persediaan menghadapi tahun baru iaitu 2018. Semoga adik-adik bijak dengan mengisi masa dan ruang dengan program-program terpilih pada cuti persekolahan nanti.

MARILAH MANFAATKAN CUTI ADIK-ADIK DENGAN MENGIKUTI PROGRAM INI

JADUAL WAKTU BAGI KELAS INTENSIF 2017 :


BORANG PENDAFTARAN BOLEH KLIK SAVE DAN PRINT!
 HUBUNGI KAMI SEKIRA ADA SEBARANG PERTANYAAN :
 CALL/SMS/WHATSAPP : 016 4566278 (OFFICE)