07 July 2020

Cara penggunaan penutup mulut dan hidung dengan betul

Assalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.




04 July 2020

Tarikh Pembukaan Penuh Sekolah Pada 15 Julai 2020

Assalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.





01 July 2020

JOM AMALKAN - Etika batuk dan bersin serta cuci tangan dengan betul

Assalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.




29 June 2020

Amalkan Norma Baharu dalam Kehidupan Seharian Kita

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.




26 June 2020

Prasekolah, Tadika Swasta akan mula beroperasi mulai 1 Julai 2020

Assalammualikum wbt dan Salam Sejahtera.

Prasekolah, Tadika Swasta akan mula beroperasi mulai 1 Julai 2020 - Untung adik-adik dapat bersekolah semula setelah bercuti sepanjang PKP dan PKPB. Arahan telah dikeluarkan oleh kerajaan mulai 1 Julai 2020 sekolah bagi Prasekolah, tadika-tadika swasta, kemas dan perpaduan boleh beroperasi semula dengan Prosedur operasi standard (SOP) dibentangkan Kementerian Pendidikan lengkap bermula sebelum kemasukan kanak-kanak, sewaktu mereka belajar dalam kelas, begitu juga waktu pulang.

Terdapat 24,414 prasekolah dan tadika terbabit iaitu 6,216 prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan; 7,887 tadika swasta; 8,530 tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan 1,781 Tabika Perpaduan di bawah Kementerian Perpaduan Negara. Dengan ini tanggunjawab telah pun diserah kepada para guru dalam membanteras penularan covid19 ini. Walau bagaimanapun menjaga kebersihan diri, kerap cuci tangan, memakai topeng muka serta menggunakan hand sanitizer adalah disarankan KPM dalam menangani wabak ini.




21 June 2020

Perlaksanaan - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan | PKPP

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera.


Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuatkuasa bermula 10 Jun 2020 sehinggalah 31 Ogos hadapan. Di dalam tempoh ini pelbagai kelonggaran telah mula diberikan oleh pihak kerajaan seperti membuka kedai gunting rambut, kebenaran merentas sempadan negeri dan operasi perkhidmatan penghantaran makanan sehingga jam 12 malam. Tetapi masih terdapat beberapa aktiviti yang masih dilarang kerana terdedah kepada risiko berlakunya penularan wabak Covid-19 semula.

Pihak Majlis Keselamatan Negara telah mengeluarkan senarai larangan terkini mereka hari ini. Di dalam senarai ini 11 aktiviti yang masih dilarang sepanjang tempoh PKPP adalah seperti di bawah. Ia adalah senarai yang agak panjang tetapi jauh lebih pendek berbanding 64 sektor dan aktiviti yang dilarang semasa tempoh PKPB sebelum ini.  Dengan senarai baharu ini diharap rakyat lebih cakna mengenai aktiviti kini dibenarkan sekaligus memudahkan perubahan ke norma baharu.

  1. Penganjuran acara dan pertandingan sukan, dan acara dan pertandingan sukan.
  2. Perayaan, Perarakan, Perhimpunan dan Konvokesyen.
  3. Persidangan dan Pameran selain di Pusat Konvensyen.
  4. Aktiviti kolam renang (selain kolam renang di rumah persendirian dan kolam renang untuk kegunaan persendirian di premis penginapan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482]) kecuali untuk latihan atlet negara bagi penyertaan di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
  5. Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia.
  6. Aktiviti di pusat karaoke, tempat permainan kanak-kanak di pusat membeli belah dan pusat hiburan keluarga.
  7. Aktiviti di dalam pub dan kelab malam, kecuali perniagaan restoran di dalam pub dan kelab malam.
  8. Menyedang pakaian, penggunaan bilik acu di kedai pakaian, mencuba aksesori fesyen di kedai dan menyediakan sampel penguji kosmetik di kedai.
  9. Aktiviti refleksologi dan urut di dalam establismen kesihatan dan kecantikan.
  10. Aktiviti kapal persiaran.
  11. Apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan sosial dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah.

Sumber : MKNJPM




17 June 2020

Program Subsidi Upah Perkeso (PSU) | Terima Kasih Kerajaan

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Dalam menanangi isu wabak covid19 ini, kami para pengusaha pusat dan institusi swasta juga sedang berperang dan menanangi isu ekonomi syarikat dalam hal kewangan. Terima kasih kepada kerajaan kerana mewujudkan Program Subsidi Upah Perkeso (PSU) ini sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan beban pengusaha pusat dan institusi swasta. Bantuan ini boleh dipohon bermula 1 April 2020 dan permohonan boleh dipohon mengikut tempoh penutupan premis (pusat atau institusi).

Dengan PSU ini pengusaha dapat membiayai bil-bil sewa serta penggajian pekerja dengan baik sekali. Alhamdulillah Pusat kami pusat yang berdaftar dan juga mencarum seramai 4 orang pekerja termasuk guru dan staf. Bantuan yang kami perolehi dari kategori RM1200 bagi syarikat sehingga 75 pekerja. Alhamdulillah, walaupun tidak dapat bekerja gaji tetap jalan seperti biasa dibayar oleh PSU tetapi diuruskan oleh majikan. Sepanjang PKP kami hanya mengadakan kelas online dirumah sahaja kepada ibu bapa yang berminat untuk menyambung pembelajaran anak-anak.


14 June 2020

Wabak Covid19 Sedikit Sebanyak Mempengaruhi Kemerosotan Ekonomi

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Dah hampir 3 bulan kita berada di dalam fasa perintah kawalan pergerakan (PKP) yang diarahkan oleh badan kerajaan untuk memutuskan rantaian covid19 ini. Wabak ini juga sedikit sebanyak mempengaruhi kemerosotan ekonomi negara terutama dalam sektor pendidikan. Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan fasa baru PKP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan di mana kesemua risiko sekarang ini terletak ditangan rakyat sendiri. 

Banyak juga sektor ekonomi sudah diberi arahan untuk beroperasi dan juga termasuklah tarikh masuk sekolah semula bermula 24 Jun 2020. Keutamaan diberi kepada pelajar yang mengambil peperiksaan besar seperti SPM, STPM, STAM dan sebagainya.

Bagi sektor pendidikan seperti pusat-pusat atau institusi masih lagi belum diberi arahan untuk beroperasi. Kasihan juga seperti kami pusat-pusat tuisyen di mana ada juga yang hanya mencari pendapatan melalui perkhidmatan tuisyen sahaja. Sudah hampir 3 bulan tidak dapat menjana pendapatan malahan pengeluaran seperti pembayaran bil-bil sewaan dilakukan seperti biasa. Berharap ada berita gembira kepada kami pengusaha-pengusaha pusat tuisyen dan institusi seperti sekolah kemahiran dan swasta.



24 May 2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari PTMCemerlang

Assalammualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Kami dari Team PTMCemerlang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh rakyat malaysia yang meraikannya.

#kitajagakita #rayapkp #kitapastimenang