26 June 2020

Prasekolah, Tadika Swasta akan mula beroperasi mulai 1 Julai 2020

Assalammualikum wbt dan Salam Sejahtera.

Prasekolah, Tadika Swasta akan mula beroperasi mulai 1 Julai 2020 - Untung adik-adik dapat bersekolah semula setelah bercuti sepanjang PKP dan PKPB. Arahan telah dikeluarkan oleh kerajaan mulai 1 Julai 2020 sekolah bagi Prasekolah, tadika-tadika swasta, kemas dan perpaduan boleh beroperasi semula dengan Prosedur operasi standard (SOP) dibentangkan Kementerian Pendidikan lengkap bermula sebelum kemasukan kanak-kanak, sewaktu mereka belajar dalam kelas, begitu juga waktu pulang.

Terdapat 24,414 prasekolah dan tadika terbabit iaitu 6,216 prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan; 7,887 tadika swasta; 8,530 tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan 1,781 Tabika Perpaduan di bawah Kementerian Perpaduan Negara. Dengan ini tanggunjawab telah pun diserah kepada para guru dalam membanteras penularan covid19 ini. Walau bagaimanapun menjaga kebersihan diri, kerap cuci tangan, memakai topeng muka serta menggunakan hand sanitizer adalah disarankan KPM dalam menangani wabak ini.