Breaking

17 June 2020

Program Subsidi Upah Perkeso (PSU) | Terima Kasih Kerajaan

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Dalam menanangi isu wabak covid19 ini, kami para pengusaha pusat dan institusi swasta juga sedang berperang dan menanangi isu ekonomi syarikat dalam hal kewangan. Terima kasih kepada kerajaan kerana mewujudkan Program Subsidi Upah Perkeso (PSU) ini sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan beban pengusaha pusat dan institusi swasta. Bantuan ini boleh dipohon bermula 1 April 2020 dan permohonan boleh dipohon mengikut tempoh penutupan premis (pusat atau institusi).

Dengan PSU ini pengusaha dapat membiayai bil-bil sewa serta penggajian pekerja dengan baik sekali. Alhamdulillah Pusat kami pusat yang berdaftar dan juga mencarum seramai 4 orang pekerja termasuk guru dan staf. Bantuan yang kami perolehi dari kategori RM1200 bagi syarikat sehingga 75 pekerja. Alhamdulillah, walaupun tidak dapat bekerja gaji tetap jalan seperti biasa dibayar oleh PSU tetapi diuruskan oleh majikan. Sepanjang PKP kami hanya mengadakan kelas online dirumah sahaja kepada ibu bapa yang berminat untuk menyambung pembelajaran anak-anak.


No comments: