14 June 2020

Wabak Covid19 Sedikit Sebanyak Mempengaruhi Kemerosotan Ekonomi

Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Dah hampir 3 bulan kita berada di dalam fasa perintah kawalan pergerakan (PKP) yang diarahkan oleh badan kerajaan untuk memutuskan rantaian covid19 ini. Wabak ini juga sedikit sebanyak mempengaruhi kemerosotan ekonomi negara terutama dalam sektor pendidikan. Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan fasa baru PKP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan di mana kesemua risiko sekarang ini terletak ditangan rakyat sendiri. 

Banyak juga sektor ekonomi sudah diberi arahan untuk beroperasi dan juga termasuklah tarikh masuk sekolah semula bermula 24 Jun 2020. Keutamaan diberi kepada pelajar yang mengambil peperiksaan besar seperti SPM, STPM, STAM dan sebagainya.

Bagi sektor pendidikan seperti pusat-pusat atau institusi masih lagi belum diberi arahan untuk beroperasi. Kasihan juga seperti kami pusat-pusat tuisyen di mana ada juga yang hanya mencari pendapatan melalui perkhidmatan tuisyen sahaja. Sudah hampir 3 bulan tidak dapat menjana pendapatan malahan pengeluaran seperti pembayaran bil-bil sewaan dilakukan seperti biasa. Berharap ada berita gembira kepada kami pengusaha-pengusaha pusat tuisyen dan institusi seperti sekolah kemahiran dan swasta.