Breaking


21 December 2020

Tarikh Buka Sekolah 2021 Selepas Cuti AKhir Tahun 2020 (Kumpulan A & B)

 

Tarikh Buka Sekolah 2021 Selepas Cuti AKhir Tahun 2020 (Kumpulan A & B) | Seperti yang sedia maklum, cuti persekolahan baru sahaja bermula pada 17 Disember 2020 yang lepas. Sesi tamat persekolahan telah pun dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia sejurus PKPB dilaksanakan di seluruh negeri kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan. Setelah cuti persekolahan ini berakhir, semua pelajar akan memasuki tahun baru dan sesi persekolahan baru.

Tarikh Rasmi Sesi Persekolahan 2021 Seluruh Negeri.

Menurut pengumuman oleh Menteri Pendidikan, tarikh pembukaan rasmi bagi sesi persekolahan tahun 2021 seluruh negeri selepas cuti akhir tahun 2020 :

  • 20 Januari 2021 - Semua murid sekolah rendah dan murid tingkatan satu, tingkatan empat, tingkatan lima dan tingkatan enam serta semua murid kolej vokasional akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka.
  • 8 Mac 2021 - Murid tingkatan dua dan tingkatan tiga akan memulakan sesi persekolahan pada tarikh 20 Jan 2021 secara home based learning. Mereka akan kembali ke sekolah secara bersemuka pada tarikh 8 Mac 2021.



No comments: